Kelestarian terutamanya dalam kalangan negara-negara membangun menjadi fokus utama malaysia di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) 2022 di New York, September ini. <br /><br />Pengarah Hubungan Antarabangsa Pejabat Perdana Menteri, Abdul Munir Lutfi Said menegaskan selain aspek kelestarian, turut menjadi tumpuan adalah agenda memperhebat pembangunan dan penyelidikan (R&D) merentas pelbagai bidang dan industri.
